fbpx

Tiada yang tersisih dalam tawaran PH-BN Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN calon PH-BN sempena PRN Pulau Pinang ketika Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon Perpaduan di Butterworth kelmarin.

GEORGE TOWN – Manifesto Perpaduan Pulau Pinang yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) negeri kelmarin dirumuskan pakar sebagai intipati yang komprehensif, holistik serta mendekati semua kumpulan sasar.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, manifesto yang dibentangkan itu boleh dianggap sebagai ‘nilai tambah’ terhadap kempen PH-BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang dalam memancing undi rakyat.

Beliau yang juga merupakan pensyarah Sosiologi Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, manifesto tersebut juga adalah yang pertama dalam sejarah apabila kedua-dua pihak (PH dan BN) berjaya menghasilkan satu manifesto yang sama.

“Ia (manifesto bersama itu) melihat (merangkumi) kepada apa yang telah dicapai di bawah kerajaan PH (Pulau Pinang) sebelum ini, apa yang ada dalam ma­nifesto 2018 yang serta apa yang perlu ditambah baik.

“Jadi, bagi saya, (Pulau Pinang) sebagai antara negeri yang pesat membangun di Malaysia ketika ini, sudah pasti ia membabitkan sekelompok pengundi yang ingin melihat manifesto sebagai nilai untuk menarik keyakinan serta kepercayaan terhadap sesuatu kerajaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, ujar Sivamurugan, dalam pemerhatiannya, sebahagian daripada intipati manifesto tersebut ialah untuk menarik pengundi muda.

Pada masa sama kata beliau, manifesto itu juga bertujuan mengekalkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kompetitif dari sudut ekonomi, pelaburan dan infrastruktur.

“Pada pendapat saya, itu (manifesto) memang sesuai untuk Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang pesat membangun di mana sektor industri, pekerjaan dan ekonominya menjadi tum­puan, sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Johor.

“Jadi, untuk yang muda, sudah pasti apa yang dilihat (dalam manifesto ini) antaranya ialah peluang pekerjaan dan pendidikan.

“Selain itu, jika kita baca setiap perincian kecil yang terkandung dalam komitmen manifesto itu, ia juga bertujuan menarik golo­ngan berkenaan ke dalam sektor komitmen yang sekali gus akan ‘mengarusperdanakan’ golongan belia,” ujar beliau.

Tambahnya, kesimpulan yang boleh dibuat adalah, tiada kumpulan yang ‘dibelakangkan’ atau terkecuali menerima manfaat manifesto yang dibentangkan.

Antara kandungan manifesto yang telah dibentangkan itu termasuk menambah baik program bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar, memperkenalkan Skim Perumahan Sewa Khas kepada golongan belia atau bujang.

Turut tersenarai adalah pemberian bantuan RM500 secara ‘one-off’ di bawah Program Mempelai Emas yang baharu mendirikan rumah tangga, bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji golongan B40, sumbangan komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan lain-lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI