fbpx

Wanita maut selepas 3 hari terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leontyeva memasuki sebuah lif sebelum dia terperangkap selama tiga hari. - Foto Twitter

TASHKENT, Uzbekistan – Seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar surat maut selepas terperangkap di dalam sebuah lif selama tiga hari di Uzbekistan, lapor laman berita Wion News semalam. 

Tiada seorang pun yang datang untuk menyelamatkan mangsa, Olga Leontyeva, 32, dalam tempoh itu, lapor akhbar Daily Mirror.

Tambahnya, Leontyeva menjerit meminta tolong dari dalam lif di tingkat teratas bangunan sembilan tingkat itu, namun tiada sesiapa yang mendengar suaranya.

Keluarganya dilaporkan ada menghubungi pihak berkuasa pada 24 Julai lalu untuk melaporkan kehilangan mangsa selepas dia tidak pulang dari kerja.

Selepas operasi mencari dilakukan, mayatnya ditemui di dalam lif pada hari berikutnya.

Leontyeva meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun yang kini dijaga oleh saudaranya.

Sebelum penemuan mayatnya, dia dilihat menerusi rakaman televisyen litar kamera tertutup (CCTV) memasuki lif tersebut di aras bawah. Leontyeva tidak kelihatan lagi selepas itu.

Menurut siasatan, kejadian itu berpunca daripada kerosakan pada lif yang tidak disedari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI