PETALING JAYA – Penyerang import skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC), Bruno Suzuki sah memeluk Islam selepas mengucapkan kalimah syahadah pagi ini.
Perkembangan itu disahkan menerusi kenyataan The Cops menerusi laman sosial sebentar tadi yang menyatakan Bruno sudah rasmi bergelar seorang Muslim.
Kata kenyataan itu, tonggak penyerang kacukan Jepun-Brazil mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.
“Saudara Baru Islam, Bruno Suzuki…Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki memeluk agama Islam.”Dia mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid Pulapol KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445,” katanya.
Bruno bakal menjadi sandaran pasukan PDRM FC apabila bakal menentang Selangor FC pada aksi pertama Piala Malaysia di Stadium MB Petaling Jaya malam esok. – KOSMO! ONLINE