fbpx

PRN: Pas Terengganu cadang SPR sedia bas pengundi luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan perkhidmatan bas kepada pengundi luar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, pihaknya percaya mekanisme tersebut terbaik bagi memastikan sebahagian besar pengundi luar dapat pulang mengundi.

Beliau percaya perkhidmatan bas ekspres tidak mampu menampung permintaan anak Terengganu yang mahu pulang mengundi.

“Takkan dari Kuala Lumpur nak jalan kaki balik ke Terengganu?. Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pun tidak siap lagi. Kalau tak ada bantuan bas (daripada parti politik) , bagaimana mereka yang tiada kenderaan hendak balik?.

“SPR kena fikirlah benda-benda macam ini dan sepatutnya sediakan (bas),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan sebarang pemberian wang, bayaran tiket bas atau memberi ole-ole sewaktu musim pilihan raya merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Alias berkata, pengundi luar yang berdaftar di Terengganu dianggarkan berjumlah kira-kira 60,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI