fbpx

Beruang tular macam pakai kostum dipercayai beruang matahari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang yang tular itu dilihat berdiri tegak dengan keadaannya dikatakan menyerupai manusia memakai kostum. - Twitter

PETALING JAYA – Seekor beruang matahari di sebuah zoo di China yang didakwa manusia dan tular semalam, dipercayai spesies dari Malaysia.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang pengacara dari luar negara menerusi slot Breaking Buzz.

Namun, ia disampaikan secara sinis, malah dia sebelumnya turut mengulas tentang kejadian itu dan memainkan semula video tersebut diiringi gelak tawa.

“China menafikan beruang di dalam zoo itu adalah manusia di dalam kostum. Soalan, selepas video tersebut tular berdiri dan dilihat merayu untuk makanan, orang ramai mula bertanya adakah ia beruang sebenar.

“Sungguh gila bagi kami ini mungkin sebenarnya beruang sebenar yang mereka panggil beruang matahari Malaysia tetapi nampaknya tidak kelihatan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan tindak-tanduk mencurigakan seekor beruang matahari di sebuah zoo di China mengundang perhatian pengguna media sosial yang mendakwa haiwan itu sebenarnya manusia yang memakai kostum, lapor portal berita Mothership.

Mereka mengesyaki terdapat seseorang yang memakai kostum beruang disebabkan lipatan kulit di bahagian belakang badan haiwan tersebut kelihatan seperti kostum.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zoo Hangzhou, Jiang Zhi berkata, haiwan itu adalah beruang matahari Malaysia yang mempunyai bentuk fizikal lebih langsing berbanding dua spesies beruang lain di taman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI