fbpx

24,000 jemaah telah daftar pakej umrah Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin, (depan kiri) menyerahkan cenderahati kepada Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli yang terlibat dalam mencari golongan asnaf sambil disaksikan oleh Syed Ibrahim (belakang, empat dari kiri) dan Ida Riswana (kiri) di Pekan semalam.

PEKAN – Sambutan orang ramai terhadap pakej umrah ditawarkan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) pada tahun ini amat memberangsangkan apabila hampir 24,000 jemaah telah mendaftar di syarikat berkenaan bagi mengerjakan umrah.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, dengan sambutan memberangsangkan dan trend semasa beliau yakin sasaran 70,000 jemaah umrah bagi syarikat itu mampu dicapai dalam tahun 1445 Hijrah.

“Alhamdulillah tahun ini, sekarang baru 11 Muharam kita sudah cecah hampir 24,000 jemaah dan tahun ini kita sasarkan sebanyak 70,000 jemaah.

“Jadi ini (Program Asnaf Jelajah Kasih 4.0) adalah tanda kami bersyukur dengan apa yang kami perolehi, Allah permudahkan segalanya untuk kami dan kami permudahkan untuk asnaf,” katanya pada majlis Pelancaran Program Asnaf Jelajah Kasih 4.0 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 80 orang Asnaf daripada seluruh negeri menerima tajaan mengerjakan umrah oleh Andalusia dengan kerjasama kerajaan negeri.

Menurut Ida Riswana, pada masa ini pihak Andalusia menawarkan harga yang berpatutan dengan pakej umrah dengan harga standard bermula serendah RM6,990.

Katanya, pihaknya memberi jaminan setiap pakej ditawarkan adalah terjamin dan pengguna tidak perlu risau sebarang penipuan.

Dalam pada itu mengulas mengenai sambutan orang ramai terhadap pakej ditawarkan Andalusia beliau berkata, reputasi yang ditunjukkan syarikat itu termasuk dengan kumpulan petugas yang lengkap membuatkan ia memberi keyakinan kepada orang ramai.

“Mungkin melalui pengalaman, melalui apa yang mereka dapat perolehi daripada orang yang pernah pergi sebelum ini dan Andalusia mempunyai satu kumpulan petuagas-petugas yang lengkap.

“Jadi ia terjamin, mereka tahu Insya Allah tidak tertipu mereka tahu Andalusia sediakan tiket dan bilik penginapan dahulu, sudah ada baru kita jual,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI