fbpx

TikTok Awards julung kali di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara artis yang tercalon dalam TikTok Awards Malaysia tahun ini.

PETALING JAYA – Platform kandungan media sosial popular, TikTok buat pertama kalinya bakal mengadakan TikTok Awards di Malaysia selepas mengadakan anugerah sama di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil.

Anugerah tersebut diadakan untuk meraikan kejayaan pencipta kandungan berbakat dan kreatif yang telah membuat video pendek informatif serta memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Di TikTok, pencipta kandungan boleh menunjukkan bakat masing-masing untuk meningkatkan jumlah ‘followers’ di dalam aplikasi tersebut. Jumlah pengikut yang banyak bukan sahaja membuatkan pencipta kandungan tersebut terkenal di dalam aplikasi, mereka juga akan menjadi lebih terkenal di dunia nyata.

“Ini membuktikan bahawa TikTok bukanlah aplikasi yang kecil. Penggunaannya boleh membawa impak yang besar terhadap kedua-dua pencipta kandungan dan juga pengguna,” kata TikTok menerusi satu siaran akhbar.

Menerusi TikTok Awards, orang ramai boleh mengundi pencipta kandungan kegemaran dalam tujuh kategori utama iaitu ‘Celebrity of The Year’, menampilkan artis terkenal seperti Aeril Zafriel, Dolla dan Janna Nick, dan ‘Creator of The Year’ yang mengetengahkan pencipta kandungan popular seperti Ceddy, Boss James dan Aunty Purple.

Lima lagi kategori yang dipertandingkan di bawah anugerah sama ialah ‘Live Creator of The Year’, ‘Popular Animation Account of The Year’, ‘Popular Creator of The Year’, ‘Rising Star of The Year’ dan ‘TikTok Shop Creator of The Year’.

TikTok Awards adalah acara anugerah terbesar anjuran TikTok untuk mengiktiraf pencipta kandungan luar biasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

Orang ramai boleh menunjukkan sokongan masing-masing dengan mengundi artis atau pencipta kandungan kegemaran dari 15-26 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI