fbpx

Jamal Abdillah timang cahaya mata keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL ABDILLAH bersama bayi bongsunya yang lahir semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata keempat pada usia 61 tahun selepas isterinya selamat melahirkan bayi berkenaan petang semalam.

Isterinya, Datin Zai Izzati selamat melahirkan bayi lelaki yang dilahirkan kira-kira pukul 4 petang semalam itu secara pembedahan.

Isteri Jamal dijangka melahirkan bayi berkenaan pada tarikh 17 November depan, namun pasangan itu bersepakat memilih proses kelahiran dilakukan secara pembedahan pada tanggal 11 November kerana berasakan tarikh itu unik dan istimewa.

“Saya dan isteri sepakat memilih tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat ulang tahun kelahirannya nanti,” ujar Jamal.

Pelantun lagu Penghujung Rindu itu berkata, bayi yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak itu diberi nama ­­El Isaac Yamani.

El Isaac Yamani juga turut diberi gelaran Zeck iaitu nama watak yang pernah menjulang nama Jamal dalam filem popular era 1980-an, Azura.

Anak sulung Jamal, Yamani Abdillah turut berkongsi berita gembira itu dalam Instagram semalam sambil memuat naik gambar bapanya mendukung adik bongsunya.

“Alhamdulillah, El Isaac Yama­ni (Zeck) telah hadir ke muka bumi. Syukur Alhamdulillah adikku yang bongsu. Nanti tunggu abang datang,” tulisnya.

Jamal dan Izzati yang ber­usia 26 tahun mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Ini me­rupakan perkahwinan keempat Jamal.

Hasil perkahwinan dengan Izzati, mereka menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani yang ­dilahirkan pada 10 Oktober ­tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI