fbpx

Penjawat awam gred 56 ke bawah dapat RM300 10 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Penjawat awam termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak bakal menerima Bantuan Khas Penghargaan 2023 berjumlah RM300 di mana ia akan mula dibayar pada 10 Ogos depan.

Menurut ciapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bantuan khas itu turut ditawarkan kepada pesara kerajaan meliputi pesara berpencen, penerima pencen terbitan dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia turut melibatkan pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen dengan jumlah bantuan bernilai RM200.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, bantuan khas itu akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Menurut beliau, bantuan tersebut disalurkan sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI