PENYANYI sedang meningkat naik, Tiara Andini teruk dikecam dan menjadi bualan netizen apabila pakaiannya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini dianggap tidak sesuai.
Penyanyi lagu Menyesal itu dikatakan mengayakan korset yang berbentuk seperti baju renang.
Menerusi sebuah video yang tular, dia turut memakai baju berlengan pendek dan seluar panjang berona neon.
Netizen meluahkan rasa terganggu dengan korset berwarna magenta itu yang menonjolkan bahagian-bahagian tertentu pada tubuhnya.
Malah, rata-rata peminat turut kesal dengan jurugaya Tiara yang tidak pernah mendengar kritikan.
“Tak boleh fokus (dengar) lagu kerana terganggu dengan bajunya. Jurugayanya tak pernah dengar kritikan jika ada yang kecam pakaian Tiara,” ujar seorang netizen.