fbpx

Chelsea mula rundingan bersama PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE bersedia dijual PSG pada jendela perpindahan kali ini untuk mengelakkan dia meninggalkan pasukan itu secara percuma. - AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan sedia melakukan kejutan terbesar pada jendela perpindahan musim panas kali ini apabila mereka dikatakan sudah memulakan rundingan bersama Paris Saint-Germain (PSG) bagi mendapatkan khidmat Kylian Mbappe.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi tumpuan pada jendela perpindahan selepas dia menunjukkan protes apabila enggan menandatangani kontrak baharu bersama PSG.

Tindakan tersebut dianggap biadab oleh pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi yang memberi kata dua kepada Mbappe sama ada untuk menyambung kontrak ataupun berdepan kemungkinan dijual sebelum musim baharu bermula.

Perkembangan itu sekali gus menyebabkan beberapa kelab gergasi Eropah mula ‘merisik’, termasuk Liverpool yang dilaporkan sedia membawa masuk Mbappe ke Anfield secara pinjaman semusim.

Bagaimanapun, Chelsea yang masih memburu seorang lagi penyerang tidak berdiam diri apabila pemilik, Todd Boehly dikatakan sudah mula membuka meja rundingan bersama pengurusan PSG bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Difahamkan, juara Eropah dua kali itu mahu mencuba nasib dengan menawarkan yuran perpindahan serta pertukaran seorang pemain bagi memujuk PSG melepaskan Mbappe menuju ke Stamford Bridge.

Untuk rekod, Mbappe memiliki sejarah bersama Chelsea apabila dia pernah menjalani sesi percubaan bersama pasukan itu pada usia 12 tahun, namun gagal menarik perhatian barisan kejurulatihan.

Setakat ini, PSG sudah bersetuju dengan tawaran rekod dunia €300 juta (RM1.49 bilion) dilakukan Al-Hilal, namun Mbappe enggan mengadakan rundingan bersama pasukan Liga Pro Saudi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI