fbpx

Isteri dakwa suami berkira walau terima nafkah RM4,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita terkilan kerana sudah lima bulan ditinggal tergantung tidak bertali oleh suami.

Menurut sebuah perkongsian di laman Facebook Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad, wanita tersebut merupakan isteri kedua kepada seorang lelaki yang mempunyai pendapatan hampir RM80,000 sebulan.

“Pendapatan saya sendiri boleh mencecah RM20,000 sebulan. Jadi, boleh dikatakan gabungan pendapatan kami lebih daripada mencukupi.

“Bagaimanapun, suami perlu menyara isteri pertama yang juga seorang suri rumah bersama 4 orang anak,” katanya.

Menurut wanita tersebut, dia dan isteri pertama hidup dalam keadaan sederhana. Suaminya juga tidak berkira memberikan duit lebih untuk isteri pertama melancong ke luar negara.

“Setiap bulan, saya dan isteri pertama diberi RM4,000 untuk perbelanjaan harian. Tetapi, duit tersebut saya guna untuk perbelanjaan harian, sewa rumah dan bil semuanya saya bayar sendiri.

“Berbeza pula dengan isteri pertama yang suami bayarkan segalanya, termasuklah rumah, kereta dan perbelanjaan anak,” katanya.

Menurut hantaran sama, wanita tersebut menegaskan dia bukanlah hendak menbanding-bandingkan dirinya dengan isteri pertama.

“Walaupun pendapatan saya tinggi, komitmen saya juga banyak. Rumah dan kereta adalah yang tertinggi, itu tidak termasuk lagi dengan pemberian saya kepada ibu bapa dan adik beradik.

“Lagipun, rumah dan kereta untuk diri sendiri sudah saya beli sebelum kahwin lagi sebagai hadiah untuk diri sendiri,” ceritanya.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila suami wanita tersebut menuduhnya mengambil kesempatan setiap kali wanita tersebut mengadu tentang nafkah yang diterima.

“Saya sangat terasa dengan suami. Walaupun pendapatan saya tinggi, kemampuan berbelanja saya tidaklah mewah.

“Sekarang, suami mula menyepikan diri. Sudah lima bulan dia (suami) tidak memberikan sebarang belanja bulanan. Langsung tidak berbincang, dia terus gantung saya tidak bertali,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 2,100 tanda suka dan 626 komen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna merasakan wanita tersebut sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya selama ini.

“Sebenarnya, saya pun tak tahu apa yang puan inginkan. Pendapatan lumayan, ada rumah, wang simpanan, suami juga bertanggungjawab.

“Pada saya, tiada apa yang kurang. Mungkin puan sahaja yang kurang bersyukur,” kata Hawiliah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI