fbpx

Gvardiol masuk senarai buruan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GVARDIOL (kanan) menjadi antara pemain pertahanan yang hangat diburu oleh pasukan-pasukan gergasi Eropah. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sedia memperkasakan benteng pertahanan pasukan itu menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan memulakan aksinya 12 Ogos ini.LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sedia memperkasakan benteng pertahanan pasukan itu menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan memulakan aksinya 12 Ogos ini.

The Reds dikatakan mahu menyambar khidmat tonggak pertahanan RB Leipzig, Josko Gvardiol selepas perpindahan pemain antarabangsa Croatia itu ke Manchester City belum dapat dimuktamadkan.

Terdahulu, Gvardiol dilaporkan sudah semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Stadium Etihad, namun ia belum dapat direalisasikan apabila Pengarah Leipzig, Max Eberl menafikan kedua-dua pasukan sudah mencapai kata sepakat.

Justeru, Liverpool sedia mengambil kesempatan atas kekecohan tersebut dan sanggup untuk menawarkan yuran perpindahan £85 juta (R492.60 juta) seperti yang dipinta pasukan Bundesliga itu.

Gvardiol dianggap menepati ciri-ciri pemain pertahanan moden serba boleh, sekali gus mampu menyelesaikan isu pertahanan yang dihadapi Liverpool ketika mengharungi kempen 2022/23.

Meskipun memiliki Virgil van Dijk dan Joel Matip yang mengemudi benteng pertahanan, namun faktor usia nyata mengehadkan kemampuan mereka untuk beraksi sama seperti ketika berada pada prestasi terbaik.

Walaupun Gvardiol dijangka menyertai City sebaik sahaja jendela perpindahan ditutup nanti, namun dia masih ada ruang untuk mengubah fikiran memandangkan Liverpool sudah memulakan langkah mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI