fbpx

Minggu Saham Digital tingkat ilmu pelaburan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) bakal me­nganjurkan Minggu Saham Digital (MSD), adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang perancangan kewangan dan kepentingan pelaburan secara online.

MSD yang akan bermula pada 18 November-24 November ini bakal dirasmikan oleh Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pelbagai program bakal disiarkan secara langsung seperti rancangan memasak, sesi bual bicara dan program hibur didik yang menarik sepanjang tujuh hari acara digital MSD.

“Bagi memeriahkan lagi jadual program yang disiarkan antara 12.30 tengahari hingga 10.30 malam melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD itu, ia akan mempersembahkan barisan penceramah dan personaliti ter­kenal.

“Seluruh rakyat Malaysia dijemput mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan ­#Laburbersama,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

PNB menjelaskan, antara program yang dirancang ialah konsert maya terbesar, Pass the Mic! yang bakal menampilkan Feeya Iskandar, Sissy Imann, Jiggy dan Alif Farhan sebagai hos serta artis K Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra.

Program lain yang bakal bersiaran ialah Cikgu CEO (ketua pegawai eksekutif) yang merupakan siri webinar topikal yang interaktif dan mudah diikuti selain memberi peluang kepada golongan belia berinteraksi bersama CEO.

My Cerita akan menjelaskan lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Bhd. dan UMW Holdings Bhd. serta mendapatkan penerangan mengenai fungsi, budaya, visi dan misi syarikat-syarikat tersebut.

Masak Macam Mak pula akan memberi penghormatan kepada selebriti Fizo Omar, Elfira Loy, Sherson Lian dan Datuk Fazley Yaakob bersama ibu mereka memasak bersama.

Jumpa di 118 pula menampilkan Ketua Pegawai Pelaburan, Harta Tanah PNB, Rick Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud.

Kereta Kita memberi peluang kepada penonton menyelami perbualan menarik antara pengacara Hazeman Huzir dan Fahrin Ahmad bersama tetamu mengenai kereta kegemaran mereka.

Betul Ke, Doc? dibawakan khas kepada penonton oleh ­Duopharma Biotech Bhd. yang akan merungkai mitos kesihatan yang luar biasa bersama pakar-pakar perunding perubatan.

Program lain ialah Lepak Je! dan GG Bro! serta Forum Kewa­ngan Syariah.

Selain itu, MSD juga menawarkan pelbagai hadiah menarik me­lalui peraduan yang dianjurkan dan antaranya ialah Live Trivia & Live Trivia Bonanza Penonton dan Eh Mana Kod? Iaitu penca­rian harta karun secara maya.

Semua peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti kerta Ford ­Ranger 2.0L XLT Plus 4WD bernilai RM130,000, Toyota Vios 1.5G (AT) bernilai RM90,000, Yamaha R25 bernilai RM21,500 dan Honda Dash 125S bernilai RM6,000

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI