fbpx

Fikir secara rasional, tolak politik mengkafirkan lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Rakyat Selangor diminta supaya berfikir secara rasional dan menolak politik melampau sebelum membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat Selangor perlu menilai sejauh mana pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Saya berkeyakinan penuh pentadbiran di Selangor ini jauh lebih baik dari Kedah dan Kelantan yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, Malaysia tidak mahu kempen politik yang melampau sehingga mengkafirkan pihak lawan hanya kerana berbeza fahaman politik.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Selangor untuk terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, dan kita pastikan keenam-enam negeri yang mengadakan PRN pada 12 Ogos menjadi milik Kerajaan Perpaduan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI