fbpx

Kutipan cukai tidak akan membebankan rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Persidangan Cukai Kebangsaan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.- Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan setiap cukai yang dikutip tidak akan membebankan rakyat serta dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prinsip asas pelaksanaan dasar percukaian negara juga adalah mengenakan cukai ketika ia sangat perlu dan tidak menjadi beban kepada pembayar cukai.

Ini kerana katanya, kerajaan amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan pada masa sama menggalakkan pembayar cukai lebih produktif dengan menyumbang kepada negara.

Justeru kata Anwar, kerajaan akan mendapatkan input dan cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelaraskan beberapa dasar percukaian atau pengenalan cukai baharu.

“Saya akan berhubung dengan LHDN untuk mendapatkan input dan cadangan mereka bagaimana secara berkesan melaksanakan beberapa pelarasan dasar atau memperkenalkan langkah cukai baharu.

“Bagaimanapun, ia akan berlandaskan prinsip asas dasar dengan mengenakan cukai apabila sangat perlu dan bukan menjadi beban kepada pembayar cukai.

“Pada masa sama, bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi untuk manfaat kumpulan rentan, sistem percukaian dan agensi yang mengendalikannya mesti cekap, bersih dan sangat berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 anjuran LHDN dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI