fbpx

PRN: 16 laporan berkait khianat dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Perbuatan khianat antara 16 laporan polis diterima susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang sedang berlangsung setakat semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara aktiviti yang dikesan adalah mengoyakkan poster dan lain-lain.

“daripada jumlah laporan itu, kita (polis) membuka tujuh kertas siasatan.

“Laporan yang diterima membabitkan pelbagai kesalahan dengan kebanyakkannya berkaitan kes khianat yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein menasihatkan semua pihak yang terbabit dalam pilihan raya supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, media melaporkan seramai 147 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor kali ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI