fbpx

Shila Amzah, Ubai teruskan pernikahan 5 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH dan tunang, Ubai akan tetap meneruskan pernikahan 5 Ogos ini.

PETALING JAYA – Majlis pernikahan Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai akan tetap berlangsung pada 5 Ogos ini seperti dipinta ibu bakal suaminya itu, Allahyarham Rohani Jamal yang meninggal dunia Ahad lalu.

Perkara tersebut Ubai yang memaklumkan ibunya ada meninggalkan pesanan meminta mereka supaya tidak menangguhkan perkara baik yang sudah dirancang lama itu.

“Mak antara orang paling gembira menunggu detik kami disatukan, malah walaupun dalam keadaan kurang sihat dia selalu tanya persiapan hari nikah kami.

“Boleh dikatakan satu hospital tahu mak mahu kami teruskan majlis itu dan perkara sama juga dibualkan dengan saudara-mara yang datang melawat.

“Kami akan ikut pesanan mak untuk melangsungkan pernikahan pada 5 Ogos ini yang bakal diadakan di sebuah dewan acara, tetapi hanya membabitkan ahli keluarga terdekat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal, 52, yang menghembuskan nafas terakhir kelmarin sememangnya memberi kesan besar terhadap dirinya.

Namun, semangat yang ditinggalkan wanita dihormatinya itu terutama berjuang melawan kanser ovari dihidapinya sejak Disember tahun lalu membuatkannya reda dengan ketentuan Ilahi.

Akui personaliti popular berusia 25 tahun itu, memori serta pesanan Allahyarham terutama menjaga Shila serta keluarganya dengan baik akan dipenuhi.

“Mak memang sayangkan Sha (Shila). Sepanjang di hospital Sha boleh katakan setiap hari Sha menjaganya, begitu juga dengan adik. Ini bakti kami untuk mak yang kami sayang.

Ditanya mengenai majlis resepsi, akui Ubai perancangan sudah ada tetapi belum dapat diputuskan lagi sama ada meneruskan atau menangguhkan dulu persandingan.

“Buat masa ini kami mahu dulukan perkara wajib. Bersanding pula kita tengok dulu keadaan macam mana,” tambahnya yang sudah melengkapkan urusan dokumentasi.

Terdahulu Ubai dan penyanyi Memori Tercipta itu bertunang dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat pada 27 Mei lalu.

Shila dalam wawancara terbaharu pula memaklumkan, perancangan pernikahan bergantung kepada tahap kesihatan bakal ibu mentuanya yang dimasukkan ke hospital sejak 8 Julai lalu susulan pendarahan dalam rahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI