fbpx

Bellerin kembali selepas empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLERIN dipanggil semula oleh skuad Sepanyol selepas kali terakhir bersama pasukan itu dalam kempen Euro 2016. – AFP

MADRID – Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin me­ngakui sukar untuk menerima hakikat dia diketepikan terlalu lama daripada skuad antarabangsa Sepanyol.

Bellerin dipanggil menyertai latihan pasukan Sepanyol buat kali pertama dalam tempoh empat tahun selepas pemain Sevilla, Jesus Navas diketepikan kerana kecederaan.

Kali terakhir dia beraksi bersama La Roja adalah pada Julai 2016 ketika berdepan Georgia dalam perlawanan persahabatan serta menganggotai skuad Euro 2016.

“Saya sangat gembira untuk pulang ke ‘rumah’ selepas empat tahun diketepikan. Sudah tentu saya sangat kecewa apabila tidak dapat menyertai skuad
kebangsaan sebelum ini.

“Saya sangat bangga dan gembira apabila kembali diberi kepercayaan untuk menyarung jersi pasukan negara. Secara jujur, saya sudah tidak sabar untuk beraksi,” kata Bellerin.

Pemain berusia 25 tahun itu wajar untuk disenaraikan dalam skuad Sepanyol selepas mempamerkan prestasi cukup konsisten bersama Arsenal musim ini.

Selain Bellerin, pemain Atletico Madrid, Koke turut dipanggil oleh jurulatih Sepanyol, Luis Enrique selepas dia diketepikan selama dua tahun sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI