fbpx

Restoran tawar khidmat suap makanan mulut ke mulut ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pelayan itu didakwa melanggar etika sosial. - SCMP/The Paper

BEIJING – Sebuah restoran yang menimbulkan kemarahan orang ramai di China ditutup oleh pihak berkuasa kerana menawarkan khidmat tidak senonoh, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Restoran Macho mula beroperasi sejak April lalu di destinasi pelancongan popular di daerah autonomi Xishuangbanna Dai, wilayah Yunan. 

Bagaimanapun, premis itu berdepan kemarahan orang ramai awal bulan ini selepas video adegan tidak senonoh di dalam restoran tular di media sosial.

Video memaparkan pelayan berpakaian seksi itu mengundang komen: “Tidak perlu pergi ke Thailand, anda boleh mengunjungi restoran model lelaki di sini.”

Premis meniru konsep dari Thailand itu mengupah pelayan lelaki yang tinggi dan berotot. Mereka diminta memakai tank top atau tidak berbaju. 

Mereka ditugaskan melakukan rutin tarian seksi untuk mengusik pelanggan wanita manakala ada yang memberi makan mulut ke mulut dan menawarkan urutan bahu.

Rada Rabu lalu, pihak berkuasa tempatan mengumumkan bahawa restoran itu melanggar etika sosial dan mencemarkan budaya tradisi di Xishuangbanna Dai.

Restoran itu diarah tutup, manakala pendapatan haram sebanyak 10,664 yuan (RM6,753) dirampas. Pemiliknya juga dikenakan denda 10 kali ganda daripada pendapatan haram yang dirampas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI