fbpx

13 laporan diterima, kerugian RM8.5 juta skim pelaburan Personal Banc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 laporan diterima polis berkaitan penipuan skim pelaburan Personal Banc dengan melibatkan kerugian berjumlah RM8.5 juta sejak bulan lepas.

Dengan mengiklankan menerusi media sosial, skim pelaburan yang dianjurkan oleh Syarikat Personal Banc Berhad itu menawarkan dividen 20 hingga 30 peratus sebulan bagi setiap pelaburan pokok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pelabur-pelabur membuat laporan selepas mereka gagal menerima pulangan yang dijanjikan.

“Kerugian paling rendah bagi seorang pelabur yang kita terima setakat ini adalah RM50,000 manakala paling tinggi adalah RM3.25 juta.

“Setakat ini, tangkapan masih belum ada dan kita percaya dalangnya adalah warga tempatan.

“Kita kenal pasti suspek-suspek berikut, namun masih perlu tunggu beberapa laporan pakar seperti pihak bank dan sebagainya untuk kita sahkan sebelum kita buat tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily menasihati agar orang ramai yang menjadi mangsa kepada skim pelaburan in supaya tampil membuat laporan polis bagi tujuan siasatan.

“Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI