fbpx

PRN: Bukan calon luar, saya anak Sabak Bernam – Cikgu Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidi menziarah nenek saudaranya di Kampung Sepintas, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Zaidi Selamat menepis dakwaan pihak tertentu mengenai faktor beliau sebagai calon luar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar.

Jelas bekas guru mesra dipanggil Cikgu Zaidi, beliau merupakan anak kelahiran Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan.

“Namun, Sekinchan masih lagi dalam daerah ini dan tidak sepatutnya menjadi isu untuk saya bertanding.

“Saya juga anak tempatan Selangor dan bukannya calon dari negeri lain selain sudah menabur bakti dalam sektor pendidikan di Sabak Bernam sejak sekian lama,” katanya ketika menziarah nenek saudaranya di Kampung Sepintas di sini, petang tadi.

Kosmo pada Jumaat lalu melaporkan Ketua Bersatu Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh memaklumkan keputusan sebulat suara membantah pencalonan Zaidi yang juga daripada parti sama ekoran faktor calon luar.

Dalam pada itu, Zaidi, 54, berkata, semua jentera Bersatu dan Pas kini giat menjalankan kempen yang memasuki ‘gear’ empat di DUN tersebut.

“Saya setakat ini sudah menyantuni lebih 100 rumah penduduk dalam menyampaikan hasrat dan visi kita. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan fokus kita adalah memenangkan PN dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.

Zaidi akan menentang penyandang kerusi DUN itu, Datuk Rizam Ismail daripada Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI