fbpx

Wakil rakyat Russia desak patung Barbie diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita memegang patung Barbie di Bandar Quezon, Filipina pada 19 Julai lalu. – AFP

MOSCOW –  Anggota Parlimen Russia, Maria Butina mendesak  penjualan anak patung Barbie dihentikan di pasaran negara itu kerana mendakwa syarikat pengeluarnya, Mattel mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berbanding nilai kekeluargaan.

Laman berita RT melaporkan, filem Barbie yang kini ditayangkan di pawagam seluruh dunia turut digunakan sebagai pengiklanan oleh Parti Demokrat  di Amerika Syarikat (AS).

“Apa yang kita lihat (dalam filem Barbie)? Golongan gay dan transgender mengambil alih dunia. Tiada langsung mengenai penyatuan lelaki dan wanita atau cinta,” kata Butina yang merupakan anggota  Duma atau Parlimen Russia.

Tambahnya, Russia perlu mempromosikan jenama patung keluaran tempatan yang memenuhi nilai-nilai masyarakatnya.

Filem Barbie yang mula memasuki pawagam pada 21 Julai lalu tidak ditayangkan di Russia ekoran boikot oleh syarikat pengedarnya, Warner Bros ke atas negara itu berikutan perang Ukraine.

Russia pada 2013 mengharamkan propaganda LGBT yang disasarkan terhadap kanak-kanak bawah umur.

Sekatan itu diperketatkan lagi pada Disember lalu, apabila promosi ‘hubungan seksual bukan tradisional’ dan transgenderisme diharamkan sepenuhnya di negara berkenaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI