fbpx

Inspirasi gaya ikon filem dan muzik wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikon-ikon filem dan muzik selalunya menjadi inspirasi trend gaya wanita.

Definisi gaya untuk wanita sememangnya sedang melalui proses transformasi disebabkan perkembangan ekonomi yang pesat, hasil pendapatan berlebihan, perubahan susun atur gender, juga kepesatan industri fesyen serta kosmetik yang berpusu-pusu mengembang dan meluaskan lagi profil pelanggan mereka.

Namun begitu malangnya, ramai juga wanita yang masih samar dalam pemilihan pakaian dan pembentukan gaya mereka secara keseluruhan. Ini sememangnya bukan perkara baharu. Dahulu, remaja perempuan belajar mengenai gaya daripada ibu mereka, kini tiada siapa yang mahu meniru gaya ibu mereka bukan?

Apa yang wanita perlukan adalah seorang mentor, seseorang yang boleh dijadikan panduan, mungkin juga seperti ibu mereka – tetapi mungkin a little hipper ataupun lebih cool. Di manakah mereka boleh menjumpai wanita yang gayanya cukup stylish dan sofistikated untuk dicontohi?

Tentunya ikon-ikon filem dan muzik seperti Zendaya, Emma Watson dan Yuna, selalunya menjadi inspirasi trend gaya wanita.

 

Ikon
Apabila kebanyakan kita memikirkan tentang wanita dengan gaya hebat, bukan supermodel yang berada di minda kita terlebih dahulu, tetapi sebaliknya bintang filem dan pemuzik.

Antaranya adalah seperti nama di atas yang merupakan ikon popular mutakhir ini. Kini telah seabad, muzik dan filem menjadi rekod atau dokumentasi yang jelas tentang trend fesyen yang popular dan menjadi ikutan.

Sama ada kita akui atau tidak, pelakon wanita utama filem dan pemuzik popularlah yang menjadi ikon fesyen kepada wanita berketerampilan hebat dalam setiap era.

Pemerhatian
Apapun, jangan lihat filem dan muzik sebagai sumber bagi semua jawapan untuk segala soalan anda tentang gaya. Seseorang juga tidak dengan mudah menjumpai suatu formula untuk berpakaian hebat.

Tiada seorang pun yang boleh menentukan cara yang paling tepat atau betul dalam berpakaian, kerana gaya bukanlah sesuatu yang mutlak.

Apa yang pasti, kita boleh belajar untuk melihat filem dan memberi perhatian terhadap apa-apa yang dipakai oleh pelakon-pelakon dalam situasi tertentu.

Daripada situlah kita boleh memperoleh dan mempelajari beberapa prinsip asas berpakaian.

Pemilihan kostum
Untuk mendapat idea tentang gaya wanita hebat, tontoni saja filem klasik yang dilakonkan oleh legenda perfileman Barat seperti Audrey Hepburn ataupun Grace Kelly yang secara tidak langsung dapat memperbaiki kebijaksanaan gaya seseorang berpakaian.

Jennifer Lawrence dan Blake Lively pula mempunyai penampilan dan perwatakan bersahaja dan menjadikan gaya mereka dicemburui ramai. Cate Blanchett, Natalie Portman, Nicole Kidman kesemuanya kelihatan hebat dalam filem.

Salah satu kaedah bagi mereka melakonkan watak dengan berkesan adalah dengan memilih koleksi kostum yang paling sesuai dengan watak tersebut.

Pengalaman
Selepas ini, anda mungkin perlu memberi penumpuan yang lebih sedikit tentang bagaimana cara pakaian dapat memberi ekspresi kepada watak diri.

Ini kerana, kita sememangnya boleh mengadaptasi apa-apa yang kita lihat dalam filem ke dalam kehidupan seharian meliputi kala kita beriadah, mengunjungi acara formal, ke tempat kerja dan sebagainya.

Pengalaman kita menonton filem sememangnya dapat memberi idea dan inspirasi untuk lebih arif dalam berpakaian. Yang perlu hanyalah sedikit imaginasi untuk menjadikan ia realiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI