fbpx

PRN: PN Selangor ada resepi tawan hati pengundi bukan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan ketika sidang akhbar di pejabat PN Selangor, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor mempunyai strategi tersendiri dalam menarik pengundi bukan Melayu bagi menguatkan cengkaman mereka menawan negeri ini.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, ini terutama di kawasan bandar seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Kajang dan Subang yang sebelum ini dikuasai Pakatan Harapan (PH)

Katanya, pertembungan dua blok politik antara PN dan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya memberikan kelebihan kepada mereka.

“Kita bukan sahaja mahu memenangi kawasan urban yang mempunyai pengundi Melayu seperti DUN Kota Anggerik, Taman Medan dan Lembah jaya sebaliknya mahu menang di lokaliti pengundi bukan Melayu.

“Ada strategi untuk menang di kawasan bukan pengundi Melayu ini, tetapi kita tidak mahu mendedahkannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PN Selangor di sini, hari ini.

Roslan menegaskan PN tetap berpendirian bahawa pengundi Melayu menjadi penentu kemenangan mereka dalam PRN kali ini.

“Kalau kita lihat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), undi orang Melayu terpecah tiga sama ada mengundi PN, BN atau PH. Namun, PRN kali ini, undi hanya terpecah kepada dua gabungan parti sahaja dan kami nampak PN ada kelebihan untuk dapat lebih banyak undi orang Melayu,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI