fbpx

Pelajar minta TikToker buatkan kerja sekolah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar meminta pengulas buku di TikTok menyiapkan tugasan sekolahnya mendapat kecaman ramai.

Perkara tersebut dikongsi melalui satu tangkap layar mesej daripada pelajar tersebut kepada pencipta kandungan yang memintanya mengisi beberapa maklumat mengenai ulasan sebuah buku.

Lebih memeranjat, pelajar tersebut juga meminta wanita tersebut menyediakan jawapan untuknya seperti pengajaran, nilai murni serta kebaikan dan kekurangan buku tersebut yang seharusnya ditulis sendiri oleh pelajar.

“Boleh tak awak tolong bagi maklumat seperti di atas? Saya perlu buat ulasan buku esok untuk perhimpunan sekolah saya,” kata murid itu.

Mengulas lanjut, pencipta kandungan tersebut bersyukur video ulasan bukunya tular di sosial media, namun cara yang digunakan oleh pelajar itu tidak sopan.

“Berani sungguh, siapa yang sebenarnya pergi sekolah? Cara awak ini seolah-olah meminta saya siapkan kerja sekolah awak,” tambahnya.

Tangkap layar perbualan pelajar tersebut dengan seorang pengulas buku.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar terbabit kerana tidak berusaha menyiapkan tugasan dengan usaha sendiri.

“Senangnya jadi budak sekolah zaman sekarang. Minta dengan orang dewasa di sosial media untuk kerja sekolah dia,” kata Wani.

“Kenapa sesetengah budak macam ini. Saya harap ini akan menjadi pengajaran buat semua. Kalau itu kerja sekolah awak, awak kena buat dengan usaha sendiri,” tulis Salwa.

“Tanpa segan silu, hidup ini tidak semudah yang kamu sangka. Senang-senang saja minta macam itu dekat orang luar,” komen Izzah.

Sehingga kini, ciapan tersebut meraih 2,433 tanda suka dan 1280 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI