fbpx

Mahkamah: Lelaki cabul anak saudara perempuan ketika potong bawang didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pekerja buruh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudara perempuannya dengan mencium pipi selain menunjukkan kemaluan ketika wanita itu memotong bawang di dapur.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha menjatuhkan hukuman denda terhadap lelaki yang berusia 49 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan anak saudaranya berusia 24 tahun, dengan memegang bahu, memicit sehingga ke rusuk kiri, mencium pipi dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Medan, di sini pukul 8.30 malam pada 15 Julai lalu yang didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes yang berlaku.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang memotong bawang di dapur yang kemudian didatangi bapa saudaranya itu dan berdiri di sebelah kiri.

Lelaki itu kemudiannya mencabul mangsa dengan menyentuh belakang badan, mencium dan menunjukkan kemaluannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI