PETALING JAYA – Sebuah video yang dimuatnaik oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaparkan beliau keluar bersarapan mendapat perhatian netizen.
Video tersebut dirakam semasa Ahmad sedang bersarapan di Pusat Khidmatnya di Benut, Pontian semalam.
Menerusi video itu, Ahmad membawa penontonnya melihat juadah yang ada di Pusat Khidmat berkenaan.
Antara juadah yang ditunjukkan ialah burasak, lontong, ketupat dan roti canai.
Turut kelihatan beberapa penduduk hadir di Pusat Khidmat tersebut untuk menjamu sarapan bersama rakan-rakan dan keluarga.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji kandungan di media sosial Ahmad yang dikatakan tidak hanya bercerita mengenai politik sahaja.
Malah, ramai yang meminta Ahmad berkongsi menu masakan yang disediakan oleh Ahmad yang turut mendapat jolokan ‘Mat Random’ di Twitter.
“Mat Random elok berhenti berpolitik, lepas itu jadi pengacara rancangan masakan di RTM. Aku pasti akan jadi penonton setia,” kata Injang.
“Bagus Datuk, selalu ‘up’ tempat dia sendiri dan peniaga-peniaga kecil,” puji Ikhwan.
“Suka tengok Datuk ‘review’ kedai makan walaupun video ‘simple’,” kata Alif.
“Seronok tengok video pasal makanan Datuk Seri. Orang tak pernah kenal burasak pun boleh terdetik nak cari tahu,” kata Dani.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. – KOSMO! ONLINE