fbpx

PRN: Baddrol Bakhtiar jadikan Sanusi inspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol Bakhtiar ketika turun membantu calon PN di Kuala Kedah pada semalam.

ALOR SETAR – Bekas kapten skuad bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar akan membuktikan penglibatannya dalam bidang politik tidak sia-sia seperti persepsi sesetengah pihak.

Calon Perikatan Nasional (PN), bagi kerusi Gurun itu berkata, keputusannya untuk masuk dalam dunia politik itu juga terinspirasi daripada kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai ahli politik sejati bagi menjaga kebajikan rakyat negeri ini.

“Kritikan yang itu saya anggap sebagai semangat baharu saya untuk berjuang demi rakyat negeri Kedah. Berjuang demi anak-anak muda Kedah, saya akan buktikan.

“Insya-Allah saya anggap ia sebagai satu cabaran dalam politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa membantu kempen calon PN di Kuala Kedah, dekat sini semalam.

Beliau mengulas tentang pandangan pemerhati dan penyokong sukan itu yang menganggap Baddrol mensia-siakan bakatnya dengan terjun ke lapangan politik.

Baddrol juga yakin bahawa pengalamannya dalam bidang bola sepak itu juga akan membantunya ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Sebelum ini, bermain bola sepak agak mencabar. Begitulah saya melihat politik, saya akan memimpin sama seperti saya memimpin rakan sepasukan saya di atas padang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI