fbpx

Suami isteri cedera tong gas meletup ketika memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri cedera selepas tong gas di kediaman mereka di Flat Desa Melayu, Bakar Batu, Johor Bahru meletup, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri cedera selepas tong gas di dapur kediaman mereka di sini meletup, malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Haizrul Rahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.54 malam.

Menurutnya, pasangan itu, Saiful Azryin, 27, mengalami kecederaan pada perut dan isterinya, Maizatul Atiqa, 23, melecur pada kaki.

“Setibanya di tingkat sembilan Flat Desa Melayu, Bakar Batu, didapati sepasang suami isteri masing-masing berusia 27 dan 23 tahun cedera selepas tong gas di kediaman mereka meletup.

“Anggota telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Haizrul, siasatan awal dipercaya berpunca apabila kepala gas disyaki tercabut ketika pasangan itu sedang memasak.

Jelasnya, kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan tidak melibat kecederaan serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI