fbpx

ADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE YEE dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN di Persidangan Kedua Penggan Kedua DUN Melaka Ke-15, di Seri Negeri, hari ini.

MELAKA – Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Chee Yee menggantikan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada April lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mencadangkan nama Chee Yee dan disokong Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput) seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 20 (2A) Perlembagaan Negeri Melaka.

Seramai 24 ahli dewan undangan negeri (ADUN) menyokong, dua orang berkecuali dan dua tidak hadir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI