fbpx

Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Viva selepas merempuh belakang sebuah lori yang berada di tepi Jalan Kampung Bakiau, Keningau awal pagi tadi.

KENINGAU – Seorang maut manakala dua cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi Jalan Kampung Bakiau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Viva dikenali sebagai Gerit Polong, 35, manakala dua lagi penumpang lelaki berusia 19 dan 25 tahun cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.02 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva merempuh belakang sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.

“Terdapat tiga mangsa dilaporkan tersepit dan dikeluarkan oleh bomba seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan manakala dua mangsa dihantar ke hospital menaiki ambulans dan jentera EMRS bomba untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI