fbpx

Ahli Pas dilarang buat sebarang kenyataan – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas melarang semua ahlinya dari membuat sebarang kenyataan umum berkaitan urusan dalaman parti dalam apa bentuk sekalipun sama ada melalui media, video ataupun audio.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, larangan itu juga termasuklah membuat kenyataan yang berhubung kait dengan hal-hal yang berkaitan calon pilihan raya.

Tegasnya lagi, setiap ahli juga perlu ingat bahawa proses pemilihan calon mewakilii Dewan Rakyat dan Dewan Negeri dibuat mengikut ketetapan dan peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan Pas bukannya atas desakan, tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.

“Ia perlu melalui banyak peringkat merangkumi Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Jabatan Pilihan Raya Pas dengan mengambil kira pandangan organisasi parti di semua peringkat.

“Justeru, sebarang kenyataan yang berupa sedemikian, lebih-lebih lagi yang membawa risiko sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan segera bagi mengelakkan pihak berkuasa tatatertib Pas terpaksa menjalankan prosidingnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menambah, sebarang persoalan mahupun pertikaian hal-hal dalaman parti sekiranya wujud perlu dibawa dan diselesaikan mengikut saluran parti.

Ini kerana katanya, sebagai sebuah parti arus perdana, Pas bersama-sama rakan-rakan gabungan dalam PN yakin akan terus diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN kali ini.

“Sekali gus, terus mara berkhidmat kepada negara serta rakyat jelata di peringkat negeri dan negara,”ujar Takiyuddin.

Terdahulu, kenyataan tersebut dipercayai dikeluarkan berikutan wujud pertikaian antara beberapa pihak dalam Pas selepas nama Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tiada dalam senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Tindakan tidak memcalonkan nama anak kepada bekas Mursyidul Am, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sekali gus mewujudkan tanggapan bahawa ada pihak cuba mematikan legasi bekas Menteri Besar Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI