fbpx

Calon BN DUN Jeram Padang kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, di sini, awal pagi tadi. - MEDIA SOSIAL

TAMPIN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, di sini, awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran terbaharu di Facebook pagi ini.

“Dapat berita pagi ini sahabat saya yang juga calon BN Dun Jeram Padang, Mohd. Zaidy Abdul Kadir mengalami kemalangan jalanraya di Jalan Pasir Besar-Palong dalam pukul 3.25 pagi tadi.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan.

“Ya Allah, Tuhan semua manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab mengesahkan kejadian berkenaan dan kenyataan media akan diberikan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI