fbpx

Malaysia catat sejarah raih emas di Universiade Chengdu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMMY (tengah) ceria bersama pingat emas yang dimenanginya sambil diraikan oleh Ian Wong (kiri-pingat perak) dan Lydia (gangsa) di Gymnasium Chengbei petang semalam.

CHENGDU, China – Sejarah tercipta apabila Malaysia merangkul pingat emas pertama Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu menerusi atlet wusyu negara, Tammy Tan Hui Ling, sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun sejak Universiade Kobe, Jepun pada tahun 1985.

Ia kilauan emas dinanti-nantikan oleh seluruh warga Institusi Pendidikan Tinggi dan Malaysia, bahkan bagai suatu keajaiban di Chengdu seperti janjinya menerusi tema ‘Chengdu makes dream come true”.

Impian itu direalisasikan hasil sumbangan Tammy yang bersaing dalam acara qiangshu wanita pada aksi di Gymnasium Chengbei petang semalam.

Tammy yang kecewa dengan keputusan acara jianshu wanita sebelum ini, bersemangat bangkit untuk merangkul emas bersejarah dengan catatan 9.613 mata.

Perak dimenangi oleh Weng Ian Wong dari Macau dengan 9.593 mata, manakala gangsa milik Hui Yu Lydia Sham dari Hong Kong dengan 9.583 mata.

Malah sukan wusyu turut melengkapkan sasaran tiga pingat untuk Malaysia apabila Kontinjen Malaysia merangkul pingat gangsa kedua menerusi Calvin Lee Wai Leong dalam acara nangun lelaki.

Calvin juga menebus kekecewaan semalam apabila gagal dalam acara nanquan.

Dia mempamerkan aksi mantap apabila memungut 9.653 mata, hanya 0.1 mata di belakang pemenang perak, Loi Chit Cheung dari Macau.
Maoyuan Cao dari China unggul dengan 9.753 mata, sekali gus pingat emas kedua jaguh Wusyu China ini selepas menjuarai acara Nanquan semalam.

Hasrat Malaysia untuk menambah pingat ketiga menerusi acara wushu tidak kesampaian. Sandaran kepada Mandy Cebelle Chen yang menyumbang pingat gangsa pertama kelmarin gagal diulangi semalam.

Mandy menamatkan saingan acara taijijian wanita di tempat kelima dengan 9.640 mata. Pingat emas acara ini turut dikuasai oleh jaguh China, Chen Xiaoli untuk 9.746 mata. Ia merupakan emas kedua untuk beliau setelah muncul juara acara Taijiquan semalam.

Pada sebelah pagi, Tammy Tan yang beraksi dalam acara jianshu wanita sekadar menduduki tempat keempat dengan 9.623 mata, 0.03 mata di belakang pemenang pingat gangsa, Moka Furukawa dari Jepun menerusi 9.626 mata.

Indonesia merangkul emas menerusi persembahan Nandhira Muriskha dengan 9.660 mata, diikut perak oleh Weng Ian Wong dari Macau.
Tammy berpeluang menebus kehampaan apabila beraksi dalam acara Qianshu Wanita lewat petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI