fbpx

Dalam ghairah berkempen, jangan lupa adab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penamaan calon yang bermula kelmarin dengan tempoh berkempen selama 14 hari. - Gambar hiasan

Gendang perang pilihan raya enam negeri melibatkan perebutan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh 570 calon membabitkan dua gabungan parti terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional sudah pun dipalu.

Pentas-pentas ceramah politik melibatkan dua gabungan parti itu di Selangor, Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mulai membara melalui kempen-kempen agresif untuk menarik sokongan pengundi.

Strategi jentera-jentera parti baik di peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi kini sudah ‘masuk ke gear lima’ bukan sahaja dengan turun ke padang untuk menemui rakyat, malah platform digital meliputi media sosial juga mula dibanjiri mesej, video atau gambar calon serta parti bertanding.

Cuma dalam keghairahan berkempen, jangan lupa untuk memastikan diri sendiri dan penyokong untuk sentiasa patuh, jaga keharmonian dan etika. Elakkan provokasi melampau atau perkara yang boleh mencetuskan ketegangan.

Pilihan raya ialah medan untuk rakyat pilih pemimpin, jadi setiap calon perlu menggunakan pendekatan berhemah dan sebarang elemen yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini mesti dielakkan. Perkara paling penting ialah apabila terpilih sebagai ADUN atau Exco atau menteri besar selepas itu. Amanah yang terpikul bagi memastikan kemakmuran negeri harus menjadi agenda utama.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, barisan kepimpinan yang akan dipilih kelak perlu mempunyai kepupayaan untuk menjana ekonomi negeri, memastikan peluang pekerjaan yang sewajarnya, infrastruktur asas yang terbaik dan lain-lain yang akhirnya untuk kemakmuran negeri masing-masing.

Usaha-usaha untuk menarik pelaburan baik dari dalam atau luar negara, pembinaan kawasan perbandaran yang teratur dan selesa, penyediaan kemudahan asas seperti jalan dan air yang baik atau mewujudkan suasana untuk aktiviti ekonomi negeri yang berdaya saing pastinya akan membantu ke arah mewujudkan sebuah negeri yang makmur.

Malah lebih daripada itu, ia mampu untuk menarik orang luar datang dan menikmati kemakmuran yang dikecapi. Paling penting, suasana negeri yang makmur juga sebenarnya akan turut meyakinkan pemodal untuk menanam modal dan melakukan bisnes di negeri itu.

Memang benar, ia bukanlah satu tugas yang mudah, dan kerana itu sebagai rakyat, mereka perlu memilih parti serta calon yang benar-benar berkaliber dan berkebolehan untuk menerajui negeri supaya dapat terus bergerak ke hadapan.

Pemilihan pemimpin hanya berdasarkan sentimen kepartian semata-mata tanpa mengambil kira tentang keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan selain kebolehan urus tadbir yang baik mungkin akan menyukarkan kita untuk bergerak ke hadapan dan bersaing dengan pihak-pihak lain di luar sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI