fbpx

CAAM siasat 4 individu terbangkan dron hari penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita cedera di kepala setelah dron terhempas jatuh mengenainya.

PUTRAJAYA- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan kepada empat individu menerbangkan dron pada hari penamaan calon semalam di mana salah satu daripanya menyebabkan berlakunya kemalangan hingga mencederakan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya turut mengesahkan empat individu terbabit telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain rampasan kepada semua dron yang terlibat.

“Salah satu daripada empat kes dilaporkan telah menyebabkan berlakunya insiden kemalangan membabitkan penggunaan dron pertanian yang jatuh hingga mencederakan orang awam.

“Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes sedang disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali seperti ditetapkan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Jadi, CAAM mengingatkan orang ramai bahawa pengendalian dron tanpa kelulusan adalah dilarang sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk hari penamaan calon, hari undi awal, hari mengundi selain semasa berkempen.

“Sebarang aktiviti dron tanpa kelulusan yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah satu pelanggaran kepada peraturan di bawah seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CAD) mengikut Seksyen 24O Akta Penerbangan Awam 1969.

“Jika disabit kesalahan, individu terlibat akan dikenakan denda atau hukuman penjara seperti ditetapkan di bawah peraturan yang berkaitan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI