fbpx

Bekas pemain Liga Super berdepan jel 34 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AZINEE (tengah) bersama rakannya, Muhammad Hairul (kiri) dan Khairul Akmal (depan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini atas pertuduhan pecah rumah dan simpan barang curi, Jun dan awal Julai lalu.

PONTIAN – Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan kes pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd Azinee Taib, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mohd. Azinee didakwa bersama dua lagi rakannya yang masih bebas memecah masuk sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, di sini, pada pukul 12.05 tengah hari, 8 Jun lalu.

Lelaki itu juga didakwa bersama dua rakannya, Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut untuk mencuri pada pukul 1.15 tengah hari, 3 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan ini dikemuakakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Azinee dituduh menyimpan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 bewarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk. Kesalahan dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi pada pukul 4.30 petang, 3 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Majistret Nur Azzuin membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mereka diarahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga selesai kes.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo! pada 10 Julai lalu melaporkan seorang bekas pemain bola sepak dan dua lagi rakannya direman tujuh hari selepas dipercayai terbabit kes jenayah di Benut, Pontian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI