fbpx

Kerajaan giat kaji varieti benih padi tahan lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin (dua kanan/ kemeja putih) meninjau Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang, Sungai Sireh, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan giat meneruskan penyelidikan mengenai penghasilan varieti benih padi lebih tahan lasak bagi melawan serangan penyakit dan serangga perosak di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kajian itu perlu berikutan isu perubahan iklim dan cuaca global yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) antaranya sedang melakukan kajian menyeluruh berkaitan varieti padi tersebut.

“Perkara ini bukan isu baharu dan kita sentiasa mengambil maklum aduan pihak terlibat terutama pesawah.

“Kajian bagi menghasilkan padi yang lebih berdaya tahan sentiasa berjalan oleh semua agensi kementerian termasuk MARDI sehingga kini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Foong Hin berkata, sembilan Taman Agroteknologi MARDI menerima kunjungan sejuta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM20 juta setahun.

“Taman Agroteknologi Cameron Highland antaranya mencatatkan kehadiran pelawat tertinggi iaitu purata 3,500 hingga 5,000 sehari.

“Selain itu, Taman Agroteknologi Langkawi dan Tanjong Karang mencatatkan jumlah pengunjung ramai,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI