SHAH ALAM – Kerajaan akan memperbanyakkan dan mempelbagaikan program keagamaan di negara ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir 12 Ogos ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mahu meneruskan acara sebegini selaras dengan pengenalan konsep Madani yang diperkenalkannya sejak lapan bulan lalu.
“Saya juga bersemangat untuk membuat upacara seperti Darul Ehsan Berselawat ini. Selepas PRN, Insya-Allah, kita akan buat majlis sebegini ke seluruh negara,” katanya program Darul Ehsan Berselawat yang turut hadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Stadium Melawati malam ini.
Justeru itu, beliau melihat penganjuran program keagamaan seperti ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan rakyat Malaysia dalam konsep itu. -KOSMO!ONLINE