fbpx

Lelaki tak balik rumah 2 hari, ditemui mati dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dijumpai terbabas di kawasan semak dekat bahu jalan di kilometer 16 Jalan Bandar Penawar - Punggai, Kota Tinggi pagi tadi membawa kepada penemuan mayat lelaki tersebut yang telah dua hari hilang.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang hilang selama dua hari, ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Bandar Penawar – Punggai di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui dikawasan semak berdekatan bahu jalan kira-kira pukul 8.30 pagi hari ini.

Katanya, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta yang terbabas di lokasi kejadian.

“Kemalangan yang membabitkan sebuah Proton Waja itu membawa kepada penemuan mayat mangsa di tempat kejadian. Pemandu kereta berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai. Mangsa dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan semak dibahu kiri jalan, kira-kira 40 meter ke dalam, apabila sampai di lokasi berselekoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hussin berkata, hasil soal siasat bersama waris menyatakan mangsa telah dua hari tidak pulang ke rumah dan waris serta beberapa orang awam telah keluar mencari mangsa dalam tempoh tersebut.

“Tiada unsur- unsur jenayah ditemui dalam siasatan kes, dan mangsa terbabas sendiri semasa memandu kenderaan. Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI