fbpx

KKM lulus rayuan pertukaran penempatan 332 pegawai perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tengah) bercakap pada sidang akhbar khas Menteri Kesihatan di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan sebanyak 332 rayuan permohonan pegawai perubatan yang telah dilantik dengan jawatan tetap untuk bertukar.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah yang diluluskan pada 27 Jun dan 24 Julai itu merupakan sebahagian daripada 1,843 permohonan yang diterima KKM pada bulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini, seramai 4,155 orang pegawai perubatan telah ditawarkan jawatan tetap dan mereka perlu melapor diri di penempatan yang ditetapkan pada 31 Julai ini.

“Kita menerima sebanyak 1,843 permohonan untuk pertukaran penempatan pegawai perubatan dan hanya 332 permohonan sahaja yang diluluskan.

“Kelulusan pertukaran pegawai perubatan itu melibatkan penempatan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar khas Menteri Kesihatan di Hotel Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha memberitahu, KKM melihat pelbagai aspek dan merit sebelum meluluskan rayuan pegawai perubatan yang dijalankan secara dalam talian.

“Pelbagai pertimbangan dibuat sebelum meluluskan rayuan penempatan pegawai perubatan seperti masalah keluarga, sakit kronik, pegawai wanita yang hamil dan ancaman keselamatan.

“Meskipun berlaku pertukaran penempatan perubatan, saya memberi jaminan bahawa sektor kesihatan negara tetap dijaga dan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI