fbpx

Pilihan raya AS ubah cara mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
WAN AZHAR WAN ABDULLAH,
PENOLONG PENGARANG BERITA

Individu yang lahir pada tahun 1970-an dan ke atas dapat merasai bagaimana teknologi merubah hidup kita.

Di zaman sistem robotik, automasi dan kepintaran buatan ini, setiap aspek kehidupan menjadi lebih mudah. Secara ringkas, dalam tempoh tidak sampai 50 tahun, kita sudah melalui revolusi teknologi.

Walaupun secanggih mana teknologi, satu aspek tetap tidak berubah iaitu cara kita mengundi. Sama ada di Malaysia atau mana-mana negara, sistem mengundi tidak banyak bezanya.

Sejak bertahun-tahun penulis membaca atau membuat berita pilihan raya senarionya sama, gambarnya pun serupa.

Pada hari pilihan raya, orang ramai berbaris panjang di pusat-pusat membuang undi dan pada hari mengundi juga, media akan menyajikan gambar warga emas sama ada berkerusi roda atau bertongkat dibawa ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Selama bertahun-tahun bekerja dan menulis berita pilihan raya juga, penulis tidak pernah berjumpa berita pada hari mengundi, pusat-pusat mengundi agak lengang kerana pengundi membuang undi lebih awal dari kediaman, pejabat atau di mana sahaja mereka berada secara online.

Kalau sekarang kecanggihan dan keselamatan teknologi dipercayai manusia seperti perbankan online, saham, pelaburan, maklumat peribadi dan pengenalan diri menggunakan sistem siber dan perubatan, namun ia tidak melibatkan mengundi.

Kerajaan-kerajaan di dunia masih percayakan sistem konvensional, mengapa? penulis pun tidak tahu.

Mungkin terdapat ‘loop hole’ dalam sistem komputer yang mana keselamatannya tidak terjamin atau risiko virus, penggodam dan banyak lagi sehingga sukar untuk dikawal.

Natijahnya, walaupun teknologi mengubah hidup manusia tetapi ia tidak mengubah cara manusia mengundi.

Di zaman moden ini, orang ramai boleh mengundi selesa secara online. Mereka tidak perlu beratur panjang, berpanas atau hujan atau melilau untuk mencari tempat meletak kereta bagi menunaikan tanggungjawab mereka. Ini bukan isu patriotik atau tidak.

Orang ramai akan terus mengundi jika sistem mengundi ini masih sama 100 tahun akan datang.

Ketika dunia dibelenggu pandemik koronavirus, barulah anjakan paradigma proses mengundi kelihatan. Untuk pertama kalinya, AS membenarkan rakyatnya mengundi awal sama ada secara serahan tangan atau melalui pos pada pilihan raya Presiden baru-baru ini.

Lebih 100 juta daripada lebih 160 juta pengundi di AS memilih cara tersebut untuk mengundi. Mereka juga boleh menyerahkan kertas undi secara serahan tangan atau menggunakan khidmat pos.

Jumlah undi awal atau serahan sendiri yang begitu besar menunjukkan rakyat AS selesa dengan cara begitu.

Calon Republikan, Donald Trump kurang bijak apabila tidak mengambil kesempatan tersebut. Kem Demokrat pula memanfaatkan kelebihan tersebut.

Apatah lagi apabila Facebook menderma ratusan juta dolar untuk membolehkan jabatan pilihan raya mengadakan pos sementara untuk mengambil atau menyerah kertas undi di banyak kawasan bagi memudahkan orang ramai mengundi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI