fbpx

PRN: Mohon permit atau dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein

SHAH ALAM – Polis mengingatkan kempen dan ceramah yang ingin diadakan perlu membuat permohonan daripada Ketua Polis Daerah di tempat masing-masing mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis memberi jaminan bahawa mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Semua calon yang bertanding juga dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama dan raja sepanjang tempoh berkempen nanti.

“Orang ramai dinasihatkan agar terus bersikap matang dan menghormati antara satu sama lain selain mengelakkan melakukan sebarang provokasi mencetuskan insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 6,998 anggota dan pegawai ditugaskan sepanjang proses penamaan calon di 43 Pusat Penamaan Calon, hari ini.

“Semasa proses penamaan calon dibuat seramai 19,103 orang daripada penyokong- penyokong pelbagai parti telah hadir di pusat-pusat penamaan calon.

“Keputusan hari penamaan tersebut menunjukkan seramai 147 calon bertanding pada PRN kali ini,” ujarnya.

Jelas beliau, berdasarkan pecahan parti mendapati Perikatan Nasional dengan 57 calon, Pakatan Harapan (44), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan 14 calon diikuti Barisan Nasional (12).

“Selain itu adalah calon bebas dengan 10 orang, Parti Rakyat Malaysia (6), Parti Sosialis Malaysia (4) dan Parti Utama Rakyat (1),” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI