fbpx

Sanggup sewa basikal untuk pulang ke rumah selepas tertinggal bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sin Kai Siang menunggang basikal sewanya untuk pulang ke ke rumah di Singapura baru-baru ini. - Foto TikTok/Kukubird

SINGAPURA – Seorang lelaki sanggup mengayuh basial sewa untuk pulang ke rumah selepas bas yang ditunggunya tidak tiba, lapor portal berita AsiaOne hari ini. 

Dalam video TikTok yang dimuat naik semalam, Sin Kai Siang menunjukkan bagaimana dia berbasikal sepanjang perjalanan pulang dari sebuah kelab selepas bas awam tidak tiba baru-baru ini.

Walaupun terdapat pilihan untuk menempah teksi atau menaiki Grab, dia tidak mahu berbuat demikian kerana alasan tersendiri. 

Aplikasi sewa basikal itu menunjukkan bahawa dia mengambil masa 64 minit untuk sampai ke destinasinya dan mencatatkan perjalanan sejauh 11.53 kilometer (km).

Dia  hanya membayar S$3 (RM10.26) untuk berbuat demikian dan dia  berjaya membakar 276 kalori sepanjang perjalanan tersebut.

Dalam komennya, Siang berkata, dia tidak banyak membuang masa dengan berbasikal pulang ke rumah.

“Itulah jumlah masa untuk saya menunggu teksi,” tulisnya kepada seorang netizen di media sosial. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI