fbpx

Kontinjen Malaysia siap sedia hadapi Sukan Universiade 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTINJEN negara ke Universiade 2021 dianggotai seramai 66 atlet dan 33 pegawai dalam misi memburu pingat emas pertama di pentas berkenaan.

CHENGDU, China – Kontinjen Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China selepas ia secara rasmi membuka tirai kelmarin.

Bertemakan ‘Perayaan Belia dan Impian’, temasya Sukan Universiti Dunia edisi ke-31 itu dirasmikan oleh Presiden Xi Jinping dalam suasana penuh warna warni, percikan bunga api dan keunikan persembahan berteknologi tinggi.

Acara pembukaan tersebut jelas mengagumkan hampir 10 ribu atlet daripada 113 buah negara yang menunggu sejak 2021 untuk berkumpul di Stadium Dong’an Lake Sports Park.

Kontinjen Malaysia yang dianggotai 66 atlet dan 30 pegawai yang menyertai temasya kali ini bersemangat untuk memastikan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna mampu dijelmakan.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, pihak­nya sentiasa meletakkan harapan tinggi kepada semua atlet untuk mempamerkan aksi terbaik di China bagi mencatat sejarah membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Universiade.

“Kita tahu saingan di Univer­siade ini cabarannya benar-benar tinggi dan kalau boleh kita nak bawa semua atlet terbaik negara ke sini. Tetapi, beberapa atlet kita memiliki komitmen lain, bertembung dengan kejohanan dunia, kelayakan Olimpik dan sebagainya.

“Tetapi, saya bersyukur atlet-atlet yang kita bawa ini semua yang terbaik dan sebab itu kita meletakkan sasaran tiga pingat. Siapa tahu impian membawa pulang pingat emas pertama Malaysia di Universiade ini boleh menjadi kenyataan di bumi bertuah Chengdu,” katanya kepada Kosmo! semalam

Malaysia mula menyertai Universiade pada 1985 di Kobe, Jepun, manakala pencapaian terbaik negara pula adalah meraih tiga pingat perak dan tiga gangsa sewaktu edisi 2017 di Taiwan.

Kontinjen Malaysia bakal mengambil bahagian dalam lapan daripada 18 acara sukan yang dipertandingkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI