fbpx

Satelit ‘mati’ dijangka terhempas ke Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan satelit Aeolus yang mengukur angin Bumi. - ESA

PARIS, Perancis – Sebuah satelit yang tidak lagi beroperasi dijadualkan jatuh ke Bumi dalam satu gerakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Satelit Aeolus milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) itu dilancarkan pada 2018,  bertujuan untuk mengukur angin Bumi dari angkasa lepas.

Satelit seberat 1,360 kilogram  itu beroperasi sejak lima tahun lalu, namun kehabisan bahan api dan akan pulang ke Bumi minggu ini.

Projek itu dirancang sebelum sebarang peraturan mengenai pelupusan ‘akhir hayat’ satelit dilaksanakan, maka ia direka bentuk untuk memasuki ruang atmosfera Bumi secara semula jadi.

Bagi memastikan Aeolus  tidak mendatangkan bahaya kepada manusia atau harta benda, ESA merancang untuk ‘membimbing’ satelit itu melalui laluan terkawal ke atmosfera semalam.

Operasi mengawal kemasukan semula satelit itu ke atmosfera Bumi dimulakan apabila ia berada pada ketinggian kira-kira 149 kilometer dari tanah. 

Baki bahan api pada satelit itu akan digunakan untuk mengemudinya ke arah penurunan terkawal.

Setakat semalam, keempat-empat gerakan kemasukan semula berjaya dilaksanakan dan Aeolus sudah melepasi bahagian atas atmosfera Bumi yang memiliki udara lebih padat. 

Aeolus kini berada pada ketinggian bawah 160 kilometer. Ia dijangka terhempas di  kawasan terpencil di Lautan Atlantik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI