fbpx

Liga Super: TFC pamer prestasi paling buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA diundi bersama Oman dalam Kumpulan D pada aksi kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PERSEMBAHAN disajikan barisan pemain Terengganu FC (TFC) sewaktu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) kelmarin disifatkan sebagai terburuk sepanjang musim ini.

Pengendali skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner berkata, semuanya serba tidak menjadi buat TFC yang dilihat ‘lambat panas’ serta kehilangan rentak pada awal separuh masa.

Jurulatih berasal Croatia itu berkata, corak permainan TFC hanya berubah selepas rehat dengan kemasukan pemain gantian, Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim dan Engku Nur Shakir Engku Yacob.

“Kami gagal menguasai perlawanan dan sering hilang penguasaan bola, malah pemain-pemain nampak tidak bermaya, ini adalah 45 minit pertama yang terburuk sejak saya mengendalikan TFC.

“Pada separuh masa kedua, anak buah beraksi lebih baik sehingga berjaya memecahkan kebuntuan jaringan dan memiliki deretan peluang namun dikecewakan gol penyamaan lawan di hujung aksi,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Ivan Mamut meletakkan TFC mendahului satu gol di depan menerusi tandukan kemas berpunca umpanan Sony Norde minit ke-67.

Penyerang itu bagaimanapun gagal menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman minit ke-78 dalam situasi satu lawan satu sekaligus terlepas peluang menggandakan kedudukan.

Kesempatan itu diambil Negeri Sembilan untuk mengikat jaringan apabila pengadil mengesahkan bola tandukan Herold Goulon (m-89) telah melepasi garisan gol walaupun dibantah tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI