fbpx

Liga Super: Perak FC tekad elak zon penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC kini dikendalikan oleh Yusri Che Lah menduduki tangga ke-11 Liga Super selepas mengharungi 17 perlawanan. - Foto ihsan Facebook Perak FC

PASUKAN Perak FC tekad untuk pamerkan prestasi lebih ampuh pada pusingan kedua Liga Super dalam usaha mendaki carta sekali gus elak daripada tersingkir pada saingan musim depan.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata,  kebimbangan pihak pengurusan ketika ini dan berazam membawa perubahan untuk memastikan pasukan The Bos Gaurus terus bersaing dalam liga utama negara nanti.

“Merujuk daripada kenyataan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) baru-baru ini, penyingkiran adalah kebimbangan utama buat pasukan meskipun masih belum ada keputusan rasmi mengenai perkara itu.

“Namun, Perak FC menyokong penuh mekanisme penyingkiran sekiranya ada dan bersedia mengharungi cabaran tersebut.

“Selepas beberapa perubahan yang dilakukan pada barisan kejurulatihan, kita telah menstruktur semula strategi terbaik bagi mengharungi pertengahan musim.

“Sudah tentu pasukan cukup bermotivasi dalam usaha memperbaiki kedudukan khususnya dalam carta Liga Super musim ini termasuk kempen Piala Malaysia yang bermula bulan depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini MFL memberi bayangan mekanisme penyingkiran akan digunakan pada musim ini dengan dua pasukan tercorot berpotensi untuk disingkirkan ke Liga M3 musim depan.

Skuad Perak FC yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah akan menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada malam esok.

The Bos Gaurus kini menduduki tangga ke-11 liga dengan mengutip 13 mata selepas mengharungi 17 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI