Negara baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan jelik yang dibuat oleh sebuah kumpulan dari Barat dalam satu festival muzik. Tindakan tersebut mengakibatkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta. Malah, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. Biarpun mengakui kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara, namun tindakan biadab kumpulan tersebut telah menyentuh sensitiviti masyarakat dan bertentangan dengan budaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya